Terkini dari KinabaluTV

Monday 11 April 2011

TPM Salah Guna Kuasa?


Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyddin Yassin hari ini gagal membezakan tanggungjawabnya sebagai ahli politik dan juga seorang menteri pendidikan. Beliau yang juga selaku timbalan perdana menteri menggesa para guru untuk membantu BN pada pilihan raya yang sedang berlangsung di Sarawak.

Muhyddin yang juga timbalan pengerusi BN membuat kenyataan demikian di hadapan kira-kira 400 guru yang mengikuti program pendidikan di Sibu petang ini. Hal ini menunjukkan betapa BN terdesak dalam mempertahankan kekuasaan di Sarawak yang dikatakan salah satu daripada Fixed Deposit bagi BN.

Menyedari kenyataannnya mungkin akan dikatakan sebagai berkempen dikalangan guru-guru oleh pembangkang, Muhyddin bertegas ia sebenarnya bukan sahaja satu peringatan lembut tetapi satu peringatan ‘penting’.

Sambil mengkritik kempen Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan, Muhyiddin seakan mengugut dengan menyatakan rancangan pembangunan yang dibawakan oleh kerajaan BN mungkin terjejas jika berlaku perubahan ke arah Pakatan Rakyat.

Beliau menyifatkan kempen pembangkang untuk perubahan itu umpama 'tikus membaiki labu' – iaitu memburukkan lagi keadaan yang berlaku. Walhal selama 50 tahun di bawa kerajaan BN rakyat Sarawak masih lagi belum mengecapi pembangunan yang setanding dengan hasil bumi yang mereka miliki.

No comments:

Post a Comment