Terkini dari KinabaluTV

Sunday 24 July 2011

Bob Lokman di Sabah


Kota Kinabalu, 24 Jul - Siapa yang tidak mengenali Bob Lokman? Bekas komposer lagu, bekas penyanyi, bekas pelawak, bekas artis terkenal, yang satu ketika dahulu sering muncul di kaca-kaca televisyen. Perubahan mengejut beliau memberi impak besar kepada seluruh negara.

Kali ini, bekas komposer lagu terkenal satu ketika dahulu, Isabella, sudi meluangkan masa selama 3 hari 2 malam di bumi Sabah. Kehadiran beliau ke Sabah ini digunakan sehabis baik untuk memberi pendedahan kepada generasi muda agar tidak hanyut dibuai mimpi lena.

Di sini kami sertakan sedikit gambar ketika sesi terakhir beliau di bumi Sabah ini, sebelum dia kembali ke semenanjung Malaysia.


Keep rock !



Pokok ru jadi saksi setiap kejadian


Di tepi pantai yang indah


Antara tetamu istimewa yang hadir


Bersama saudara Lahirul Latigu


Bersama Bob Jr.


Semut api gigit kaki...sakit ooo


Bergambar kenangan


P/s : Sekadar makluman, hari pertama tiba di Sabah, beliau menghabiskan seharian di Masjid Austral. Hari kedua pula, beliau menghadiri forum untuk program SIGMA di Tanjung Aru dan melawat kampung Kalansanan bertemu orang2 kampung. Insyaallah kami usahakan upload gambar untuk kesemua program itu jika ada kesempatan. :)


Gambar lain : [link]

Ceramah Part 1 : [link]

Ceramah Part 2 : [link]

Friday 8 July 2011

Sepetang di Kampung Kelansanan



Menuju ke Menggatal


Dari Inanam


Projek Naik Taraf?


Jalan utama ke kampung




Salah satu 'pusat rekreasi' orang kampung




Siapa yang patut dipersalahkan?








Pihak mana yang bertanggungjawab?






Salah satu rumah komuniti di sini








Tempat kanak-kanak bermain pada waktu petang





Mereka juga manusia biasa, mereka juga rakyat Malaysia

Mengapa hidup mereka berbeza?


[To be continued]



Gambar lain - di sini

Video - di sini

Wednesday 6 July 2011

Tuan Guru Haji Hadi Awang turun Sabah

Sepanjang di Terminal Kota Kinabalu dan Putatan

Menyambut ketibaan


Bersama Pesuruhjaya PAS Sabah yang baru dilantik



Bersama penjaga gol bolasepak kebangsaan


Ucapan perasmian di Pejabat PAS Putatan


Sidang media bersama Ketua Pemuda PAS Sabah, sebelum berangkat ke Kota Belud



Hari kedua - Kuliah Subuh di Masjid TM, Tebobon



Antara hadirin yang meriahkan kuliah




Kanak-kanak turut bersemangat menghadiri kuliah ilmu


Gambar lain - di sini



Sunday 3 July 2011

Kena cekup?















Kota Kinabalu, 2 Julai – Penangkapan 2 orang aktivis Pemuda PAS Sabah bersama 5 yang lain membuktikan gelombang BERSIH 2.0 yang akan diadakan 9 Julai nanti sudah sampai ke Sabah, kata Ketua Pemudanya, Sdr Lahirul Latigu.

“Beliau menegaskan bahawa penangkapan 7 orang tersebut adalah tidak mengikut lunas undang-undang sebaliknya dipengaruhi oleh sentimen politik yang takutkan kebangkitan rakyat di Sabah”

Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang bertindak menahan mereka tanpa sebarang apa-apa kesalahan jenayah, tegas Lahirul.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 10 pagi tersebut berlaku di Restoran Sempelang ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi.

Zaiem Al-Hilmee dan Mohd Adnan merupakan 2 orang aktivis Pemuda PAS yang ditahan bersama 5 orang aktivis AMK.

Menurut Zaiem, ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi tiba-tiba sekumpulan hampir 40 orang anggota polis IPD Karamunsing dan Cawangan Khas Kepayan mengepung restoran tersebut.

“Tanpa sebarang keterangan mengapa mereka di tangkap, Zaiem dan yang lain terus dibawa ke Balai Polis Karamunsing hanya kerana ada sebahagian mereka yang berpakaian kuning, kata Zaiem.

“Sungguh mengejutkan kerana bilangan polis yang begitu ramai ketika membuat tangkapan sedangkan kami hanya seramai 7 orang sahaja, ulas Zaiem.

“Saya tidak berpakaian BERSIH malah berbaju putih berjaket hitam ketika ditahan dan hanya seorang sahaja yang memakai baju BERSIH 2.0, kata Zaiem.

Ketujuh-tujuh aktivis yang ditangkap tersebut ditahan dan disoal siasat selama 9 jam di IPD Karamunsing sehingga diikat jamin oleh barisan peguam Pakatan Rakyat Sabah sekitar jam 7 petang tadi dan diminta melapor diri semula pada 9 Julai nanti.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah Sdr Mohd Julfikar pula berkata, penangkapan ini tidak akan menakutkan rakyat Sabah malah menaikkan lagi semangat mereka untuk menuntut hak sepatutnya.

Turut hadir ke IPD Karamunsing mengikuti perkembangan penangkapan tersebut iaitu Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu, Ahli Pimpinan PKR Negeri Hj Ansari Abdullah, Ketua AMK Sdr Jefri dan beberapa lagi aktivis Pemuda PAS dan AMK.


:: Sumber ::


* Dui na, banyak sungguh kerja polis ini bah. Orang pakai baju kuning pun pergi tangkap. Ramai pula tu polis berkumpul, macam mau tangkap penjenayah besar jak. Tapi hairannya, bukankah area situ masi banyak penjenayah, perompak jalanan, perogol dan seumpamanya? Boleh ka polis jamin keselamatan rakyat kalau persepsi begini berterusan?

Harapnya polis lebih telus menjaga kebajikan rakyat Kota Kinabalu ini, bukan hanya sibuk dengan sentimen politik yang berat sebelah semata-mata

Wassalam..