Terkini dari KinabaluTV

Tuesday 19 April 2011

Jalan Berlubang Dekat University Apartment, Sepanggar



19 April 2011 – 21:39 Malam, editor Sepanggarkini menerima E-mail aduan berhujung permasalahan jalan yang menghubungkan jalan susur melalui University Apartment dengan Tuaran By Pass. Manakala berikut dua foto yang disertakan dengan kiriman e-mail berkenaan.



Jalan berlubang ini memang kelihatan biasa, namun ia berbahaya kepada pengguna terutama sekali kepada penunggang motorsikal dan boleh merosakkan tayar. Menurut pengirim email tersebut, masalah jalan berlubang ini terbiar sejak tahun lepas lagi dan ia sememangnya benar kerana penulis juga pernah melaui jalan tersebut sebelum ini.

Ironinya jalan yang masih baik di sekitar Sepanggar dipotong dan ditampas sedangkan jalan berlubang, rosak mahupun tidak berturap di sekitar kawasan Sepanggar masih terus terbiar dan dilupakan oleh pihak berkenaan.

Tuesday 12 April 2011

BN Kian Terdesak Di Sarawak

Sejak bermulanya pilihanraya negeri ke 10 Negeri Sarawak, pemimpin-pemimpin BN bagaikan tidak duduk diam, kebangkitan rakyat bagaikan tsunami yang melanda sehingga merebak ke alam maya. Komen-komen di laman sosial serta portal-portal berita jelas menunjukkan kebenarannya.

Penyiaran klip video yang kononnya membabitkan pimpinan Pakatan Rakyat akhirnya memakan diri, disamping krisis BN Sarawak yang berpunca daripada sikap Ketua Menteri yang berdolak-dalik dalam pengundurannya.

Kempen-kempen yang dijalankan oleh BN juga tidak mendapat sambutan setanding dengan kempen Pakatan Rakyat. Perhimpunan di beberapa Bandar seperti Sibu dan Miri jelas menunjukkan gelombang rakyat membuatkan BN tenat sehinggakan Perdana Menteri sanggup berkampung di Sarawak sehingga 16 April.

Manakala Timbalan Perdana Menteri pula dikatakan telah menggunakan kapasitinya sebagai Menteri Pelajaran dengan ‘meminta’ jasa baik guru-guru bagi mengundi kerajaan dalam sebuah program yang membabitkan kira-kira 400 orang guru.

Jika sebelum ini Perdana Menteri terkenal dengan perkataan “You help me, I help you” di pilihanraya kecil Sibu, kali ini perkataan “percayalah! Percayalah!” pula menjadi permainan dibibir rakyat Sarawak menambahkan lagi tekanan terhadapa BN sehingga ada yang meletakkan kain rentang berbentuk ‘ancaman’ terhadap Pakatan Rakyat yang ingin berkunjung ke kawasan perkampungan.

Terbaru ramai yang mengaitkan serangan cyber yang berlaku terhadap Sarawakreport.org dan portal berita Malaysiakini dengan parti berkenaan.

Kini status Sarawak sebagai salah satu ‘fixed deposit’ BN menjadi kian kabur. - peranaksamah.

Selepas Sarawakreport Giliran Malaysiakini Pula




Selepas Sarawakreport diserang, giliran Malaysiakini pula dilaporkan menjadi sasaran serangan siber. Serangan tersebut bermula serangan siber yang bermula jam 11 pagi ini menyaksikan semua pelayan (servers) Malaysiakini gagal berfungsi serentak dan menyebabkan ia tidak boleh diakses oleh pembaca.

Sehingga jam 6.00 petang tadi, laman web Malaysiakini masih tidak boleh diakses kepada pembaca selepas semua pelayannya (server) gagal berfungsi sejak jam 11 pagi tadi.

Pembaca tidak dapat membaca berita yang dikendalikan di pelayan yang dihoskan di dua pusat data - TM Brickfields dan Jaring.

Petugas teknikal Malaysiakini telah mengenalpastinya sebagai serangan 'denial-of-service attack' dan sedang berusaha menyelesaikan ganguan itu sejak pagi tadi.

Dipercayai serangan tersebut dilakukan dengan menggunakan beberapa komputer dari lokasi berbeza di dunia sehingga menyebabkan pelayan Malaysiakini tidak mampu mengendalikan jumlah trafik yang sebegitu banyak sebagaimana yang telah dihadapi oleh sarawakreport.org yang membongkarkan penyelewengan Ketua Menteri Sarawak.

Malaysiakini sedang berusaha memuat-naikkan bahan berita melaui pelayan baru. Semua berita hari ini sedang dimuatkan ke Facebook. Pembaca boleh mengakses Malaysiakini melalui Nota ia Facebook.

Malaysiakini akan kembali dengan laporan penuh, khususnya mengenai pilihan raya Sarawak. Ia juga akan boleh didapati tidak lama lagi melalui Wordpress, Blogspot dan platform lain. Mereka juga turut memohon maaf atas masalah teknikal itu dan akan memaklumkan kepada pembaca sebarang perkembangan melalui Facebook dan Twitter.

Tidak dinafikan kemungkinan Malaysiakini diserang disebabkan media tersebut bersikap telus dan boleh dipercayai dalam menyediakan laporan berbanding media arus perdana seperti utusan, berita harian dan beberapa lagi yang sibuk mengampu kerajaan dan tidak adil kepada pembangkang dalam setiap penyiaran.

Monday 11 April 2011

TPM Salah Guna Kuasa?


Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyddin Yassin hari ini gagal membezakan tanggungjawabnya sebagai ahli politik dan juga seorang menteri pendidikan. Beliau yang juga selaku timbalan perdana menteri menggesa para guru untuk membantu BN pada pilihan raya yang sedang berlangsung di Sarawak.

Muhyddin yang juga timbalan pengerusi BN membuat kenyataan demikian di hadapan kira-kira 400 guru yang mengikuti program pendidikan di Sibu petang ini. Hal ini menunjukkan betapa BN terdesak dalam mempertahankan kekuasaan di Sarawak yang dikatakan salah satu daripada Fixed Deposit bagi BN.

Menyedari kenyataannnya mungkin akan dikatakan sebagai berkempen dikalangan guru-guru oleh pembangkang, Muhyddin bertegas ia sebenarnya bukan sahaja satu peringatan lembut tetapi satu peringatan ‘penting’.

Sambil mengkritik kempen Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan, Muhyiddin seakan mengugut dengan menyatakan rancangan pembangunan yang dibawakan oleh kerajaan BN mungkin terjejas jika berlaku perubahan ke arah Pakatan Rakyat.

Beliau menyifatkan kempen pembangkang untuk perubahan itu umpama 'tikus membaiki labu' – iaitu memburukkan lagi keadaan yang berlaku. Walhal selama 50 tahun di bawa kerajaan BN rakyat Sarawak masih lagi belum mengecapi pembangunan yang setanding dengan hasil bumi yang mereka miliki.

Masalah Banjir Masih Berlarutan [Video Inside]




Berhampiran Pasar Ikan Jalan UMS-Sepanggar

9 April 2011, Sabtu - Walaupun berhampiran dengan laut dan memiliki sungai, hampir setiap kali berlaku hujan lebat pasti jalan-jalan di sekitar Sepanggar akan dinaiki air. Sememangnya masalah ini telah lama membelenggu penduduk sekitar Sepanggar setiap kali hujan,  namun sejak akhir tahun lepas permasalah ini semakin menjadi-jadi. Beberapa tempat sebelum ini diketagorikan sebagai selamat tiba-tiba sahaja bertukar  menjadi hot-spot banjir.

Tidak nafikan kerja pembesaran sungai dan parit sedang giat dilaksana disekitar Sepanggar sejak tahun lepas lagi, namun ia masih belum menyelesaikan permasalahan. Seolah-olah pihak terbabit melakukan kerja dengan melepaskan batuk di tangga, ditambah lagi dengan pembangunan yang tidak terurus di kawasan Sepanggar, akibatnya banjir kilat masih lagi berlarutan.Bukit diratakan tanpa memikirkan kesannya kepada persekitaran.


Menurut seorang pemandu teksi yang ditemui, kesesakan yang tercetus ekoran banjir berkenaan (video) telah menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih dari 3KM iaitu dari jalan Sulaman sehingga  ke Tanjung Lipat. Pada masa yang sama rata-rata pemandu bas yang ditemui pihak sepanggarkini melahirkan keluhan mereka ke atas pihak berwajib kerana gagal mengatasi masalah berkenaan.

Banjir kilat tersebut turut memberikan kesan kepada mereka yang ingin berjalan jalan kerana Sepanggar merupakan sebahagian daripada laluan ke dari K.Kinabalu ke bahagian utara dan timur Sabah. Penduduk mahu permasalah ini diselesaikan dengan segera.

Tidak dinafikan projek pembesaran sungai dan parit di sekitar Sepanggar adalah satu bentuk pembaziran wang rakyat kerana masih gagal untuk mengatasi permasalahan banjir kilat yang dihadapi setiap kali hujan. - peranaksamah.

*Tahun lepas YB cakap kontraktor lari, nda tahulah pula apa komen lepas ni.

Sunday 10 April 2011

UMNO Sepanggar Menipu?!

Pantau pengaruh pembangkang



KOTA KINABALU 16 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) perlu memantau pengaruh parti pembangkang, Pas yang menjadikan surau serta masjid sebagai gelanggang politik parti itu di sekitar Parlimen Sepanggar.

Ketua UMNO Sepanggar, Datuk Jumat Idris berkata, dia banyak menerima aduan daripada ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau mengenai kegiatan Pas yang menjadikan ‘mimbar Jumaat’ sebagai medan menghasut kebencian terhadap kerajaan.

Katanya, kesucian masjid serta surau perlu diambil kira dalam perkara tersebut, sekali gus tidak membiarkan tempat ibadat itu dijadikan alat mainan politik parti pembangkang.

“Saya ingin mengingatkan kepada mereka (Pas), jangan jadikan khutbah sebagai bahan pidato politik parti tersebut. Jika mereka masih mahu mengembangkan pengaruh politik, biarlah ia dilakukan di tempat sebenar dan bukan menjadikan masjid di Sepanggar sebagai alat mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kemasukan 50 bekas ahli Pas Sepanggar ke dalam UMNO di Kampung Rampayan, Menggatal, dekat sini.

Hadir sama Wakil Rakyat Kawasan Karambunai, Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Ketua Pemuda UMNO Sepanggar, Md. Joh Wid.

Mengulas lanjut, Jumat yang juga Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Sepanggar berkata, dia mengingatkan aktivis luar agar tidak memecah belah umat Islam di Sepanggar dengan menjadikan khutbah atau ceramah mengelirukan dengan niat mempengaruhi jemaah untuk menentang kerajaan.

Sehubungan itu katanya, beliau mahu kedua-dua agensi penguatkuasa agama Islam di Sabah untuk turun padang bagi memeriksa semua masjid dan surau di Sepanggar.

Tegas beliau, tindakan perlu diambil jika terdapat bukti kukuh Pas menjadikan masjid dan surau sebagai medan politik mereka.

“Kita meminta semua ahli jawatankuasa masjid serta surau menampal garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Jakim dan JHEAINS yang melarang kegiatan seumpama itu.

‘‘Malah bertindak menyalurkan maklumat kepada badan agama itu jika perkara tersebut terus berulang,” katanya.

Jumat berkata, setiap pegawai agama perlu memantau kegiatan parti pembangkang t dan tidak membenarkan sebarang ceramah berunsur politik disampaikan di setiap masjid dan surau di daerah itu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima pada Jumaat lalu, seorang pendakwah bebas dari Pahang telah menggunakan mimbar masjid Pekan Menggatal, dekat sini untuk menyampaikan khutbah berbaur politik.

“Khutbah itu telah menghasut jemaah untuk mengubah diri serta merubah kerajaan pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Pembetulan : 

- Bilangan 50 bekas ahli PAS adalah rekaan semata-mata. 
- UMNO/BN sudah tergugat dengan kehadiran PAS.

    Serba Serbi Tentang Sepanggar



    Sepanggar merupakan salah satu subdaerah yang terletak di tepi pantai barat bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Lokasinya cukup cantik, menarik dan strategik kerana terdapat kawasan bukit di tepi pantai Teluk Sepanggar. Ahli Parlimen bagi Sepanggar (P.171) ialah Eric Enchin Majimbun dari Parti Maju Sabah (SAPP). Kawasan parlimen Sepanggar dibahagi kepada dua DUN, iaitu Karambunai (N.12) dan Inanam (N.13).

    Di sini terdapat kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Latihan simulasi kapal selam TLDM ditempatkan di kem ini. Dua buah kapal selam jenis Scorpene yang dibina di Sepanyol ditempatkan di limbungan Teluk Sepanggar. Kapal selam ini diberi nama KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.