Terkini dari KinabaluTV

Monday 11 April 2011

Masalah Banjir Masih Berlarutan [Video Inside]




Berhampiran Pasar Ikan Jalan UMS-Sepanggar

9 April 2011, Sabtu - Walaupun berhampiran dengan laut dan memiliki sungai, hampir setiap kali berlaku hujan lebat pasti jalan-jalan di sekitar Sepanggar akan dinaiki air. Sememangnya masalah ini telah lama membelenggu penduduk sekitar Sepanggar setiap kali hujan,  namun sejak akhir tahun lepas permasalah ini semakin menjadi-jadi. Beberapa tempat sebelum ini diketagorikan sebagai selamat tiba-tiba sahaja bertukar  menjadi hot-spot banjir.

Tidak nafikan kerja pembesaran sungai dan parit sedang giat dilaksana disekitar Sepanggar sejak tahun lepas lagi, namun ia masih belum menyelesaikan permasalahan. Seolah-olah pihak terbabit melakukan kerja dengan melepaskan batuk di tangga, ditambah lagi dengan pembangunan yang tidak terurus di kawasan Sepanggar, akibatnya banjir kilat masih lagi berlarutan.Bukit diratakan tanpa memikirkan kesannya kepada persekitaran.


Menurut seorang pemandu teksi yang ditemui, kesesakan yang tercetus ekoran banjir berkenaan (video) telah menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih dari 3KM iaitu dari jalan Sulaman sehingga  ke Tanjung Lipat. Pada masa yang sama rata-rata pemandu bas yang ditemui pihak sepanggarkini melahirkan keluhan mereka ke atas pihak berwajib kerana gagal mengatasi masalah berkenaan.

Banjir kilat tersebut turut memberikan kesan kepada mereka yang ingin berjalan jalan kerana Sepanggar merupakan sebahagian daripada laluan ke dari K.Kinabalu ke bahagian utara dan timur Sabah. Penduduk mahu permasalah ini diselesaikan dengan segera.

Tidak dinafikan projek pembesaran sungai dan parit di sekitar Sepanggar adalah satu bentuk pembaziran wang rakyat kerana masih gagal untuk mengatasi permasalahan banjir kilat yang dihadapi setiap kali hujan. - peranaksamah.

*Tahun lepas YB cakap kontraktor lari, nda tahulah pula apa komen lepas ni.

No comments:

Post a Comment