Terkini dari KinabaluTV

Tuesday 12 April 2011

Selepas Sarawakreport Giliran Malaysiakini Pula




Selepas Sarawakreport diserang, giliran Malaysiakini pula dilaporkan menjadi sasaran serangan siber. Serangan tersebut bermula serangan siber yang bermula jam 11 pagi ini menyaksikan semua pelayan (servers) Malaysiakini gagal berfungsi serentak dan menyebabkan ia tidak boleh diakses oleh pembaca.

Sehingga jam 6.00 petang tadi, laman web Malaysiakini masih tidak boleh diakses kepada pembaca selepas semua pelayannya (server) gagal berfungsi sejak jam 11 pagi tadi.

Pembaca tidak dapat membaca berita yang dikendalikan di pelayan yang dihoskan di dua pusat data - TM Brickfields dan Jaring.

Petugas teknikal Malaysiakini telah mengenalpastinya sebagai serangan 'denial-of-service attack' dan sedang berusaha menyelesaikan ganguan itu sejak pagi tadi.

Dipercayai serangan tersebut dilakukan dengan menggunakan beberapa komputer dari lokasi berbeza di dunia sehingga menyebabkan pelayan Malaysiakini tidak mampu mengendalikan jumlah trafik yang sebegitu banyak sebagaimana yang telah dihadapi oleh sarawakreport.org yang membongkarkan penyelewengan Ketua Menteri Sarawak.

Malaysiakini sedang berusaha memuat-naikkan bahan berita melaui pelayan baru. Semua berita hari ini sedang dimuatkan ke Facebook. Pembaca boleh mengakses Malaysiakini melalui Nota ia Facebook.

Malaysiakini akan kembali dengan laporan penuh, khususnya mengenai pilihan raya Sarawak. Ia juga akan boleh didapati tidak lama lagi melalui Wordpress, Blogspot dan platform lain. Mereka juga turut memohon maaf atas masalah teknikal itu dan akan memaklumkan kepada pembaca sebarang perkembangan melalui Facebook dan Twitter.

Tidak dinafikan kemungkinan Malaysiakini diserang disebabkan media tersebut bersikap telus dan boleh dipercayai dalam menyediakan laporan berbanding media arus perdana seperti utusan, berita harian dan beberapa lagi yang sibuk mengampu kerajaan dan tidak adil kepada pembangkang dalam setiap penyiaran.

No comments:

Post a Comment